Ahad, 27 Oktober 2013

Di manakah maruah diri kita?



            


Dahulu
seorang gadis Melayu berbaju kebaya
bersulamkan bunga kemboja
sambil menguntum sebuah senyuman
yang manis sambil melirik
alis matanya yang lentik.

Kini
mereka terpengaruh dengan budaya luar
tidak mencerminkan agama dan bangsa
menjatuhkan maruah ibu dan bapa
yang mendidik mereka
dengan harapan
agar anaknya menjadi insan yang berguna.

Dahulu
gadis Melayu sopan bergurau
santun sungguh bicaranya
senyum tersipu malu
sambil menutup mulutnya.

Kini
ketawa mengalahkan lelaki
ayunya sudah hilang
dek ditenggelami 
zaman yang mencabar.

Dahulu
gadis Melayu tidak keluar malam
kerana patuh kepada arahan
ibubapa yang tegas
agar kehormatan anaknya 
terjaga daripada diragut
oleh sang lelaki.

Kini
apa sudah yang terjadi?
Bertudung manis tetapi tidak seindah akhlaknya
pohonlah kepada Allah
semoga maruah kita terjaga
oleh Allah yang Maha Esa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan