Isnin, 4 November 2013

Biarlah


            


Biarlah
pada suatu hari itu nanti
pada suatu saat itu nanti
pada detik itu nanti
mereka terpegun dan menatap penuh teliti
malah terdiam hanya mampu terduduk di kerusi!

Biarlah
dahulu aku dibuang
dahulu aku ditendang
dahulu aku dipulau
dahulu aku dibenci
 kerana Allah itu sangat menyayangi!

Biarlah
dia disayangi
dia dipuja puji
kerana dia akan dilupakan
oleh manusia sendiri!

Biarlah
kita bersederhana
rupa tidak seberapa
bukan orang kaya
tetapi 'saat yang manis'
itu pasti akan tiba!

Biarlah
kerana bukan kekayaan pengukurnya
bukan rupa paras penjaminnya
bukan rumah yang abadi tempat abadinya
akan tetapi "AMALAN DI DADA" penyelamatnya.




Rabu, 30 Oktober 2013

Mana Satukah Milik Kita?

            



LAUK PAUK yang LAZAT depan kita, 
Sebentar lagi jadi NAJIS..

TIDUR nyenyak yang kita alami sewaktu BAYI,
Bila dewasa selalu RESAH HATI..

KEKASIH, ISTERI dan SUAMI yang kita dambakan HARI INI,
Esok lusa akan MATI..

KULIT mulus licin untuk iklan TV,
Bila tua pucat LESI..

PAKAIAN CANTIK yang diperaga di majlis KENDURI,
Sediikit hari lagi CARIK SANA-SINI..

SEWA HOTEL mewah 9 bintang,
Sehari dua kita ANGKAT KAKI..

JAWATAN BESAR di syarikat gergasi,
Cukup UMUR kita BERHENTI..

KUASA bos, wakil rakyat dan menteri,
Nanti yang lain akan GANTI, (pilihanraya kalah, kita gigit jari)..

UMUR muda badan bergetah sweet NINE-TEEN,
Sampai masa jadi NINETY,

KONDO, VILLA dan BANGLO yang kita HUNI,
Hari depan jadi milik ANAK-ANAK dan ISTERI,

TANAH LOT MEWAH yang kita duduki,
Sampai SERU kita pindah ke 'LIANG SUNYI'.

Hatta kalau nak kata KUBUR kita tu MILIK kita sendiri,
Malangnya dah tak berGUNA lagi,
Kerana WAKTU itu, kita dah tak BERNADI.

Jadi, MANA SATU MILIK KITA?
Apa yang kita ada hari ini, esok berubah RUPA,
Tiada satu pun kita PUNYA,
Semuanya milik Tuhan BELAKA,

DIRI KITA SENDIRI pun ALLAH yang PUNYA...

Isnin, 28 Oktober 2013

Malu



            


Malu
diri ini sungguh malu
pabila diherdik,dicaci dan dihina
di hadapan khalayak manusia
yang palsu.

Malu
mengapa perlu malu
jika bukan aku yang lakukan?
Tanpa sebarang usul
kau telah sebarkan fitnah
yang besar.

Malu
aku jarang sekali malu pada Allah
melakukan dosa tanpa meminta maaf
sehingga aku alpa bahawa
aku hidup dalam kelalaian.

Malu
aku sungguh malu!
malu kepada Sang Pencipta
malu kepada diriku
kerana aku telah memalukan diriku
dengan sengaja tanpa kusedari!


Ahad, 27 Oktober 2013

Di manakah maruah diri kita?



            


Dahulu
seorang gadis Melayu berbaju kebaya
bersulamkan bunga kemboja
sambil menguntum sebuah senyuman
yang manis sambil melirik
alis matanya yang lentik.

Kini
mereka terpengaruh dengan budaya luar
tidak mencerminkan agama dan bangsa
menjatuhkan maruah ibu dan bapa
yang mendidik mereka
dengan harapan
agar anaknya menjadi insan yang berguna.

Dahulu
gadis Melayu sopan bergurau
santun sungguh bicaranya
senyum tersipu malu
sambil menutup mulutnya.

Kini
ketawa mengalahkan lelaki
ayunya sudah hilang
dek ditenggelami 
zaman yang mencabar.

Dahulu
gadis Melayu tidak keluar malam
kerana patuh kepada arahan
ibubapa yang tegas
agar kehormatan anaknya 
terjaga daripada diragut
oleh sang lelaki.

Kini
apa sudah yang terjadi?
Bertudung manis tetapi tidak seindah akhlaknya
pohonlah kepada Allah
semoga maruah kita terjaga
oleh Allah yang Maha Esa.



Insan Yang Alpa

                                                                  


                                                    
                                                        

            


Aku
hanya insan biasa
yang berdosa dan jahil
tenggelam dalam mengejar kekayaan
tanpa bersujud kepadaNya.

Aku
lalai dalam kebahagiaan
mencari ilmu di pelosok dunia
sehingga melupakanMu
yang Maha Bijaksana.

Aku
jarang menitiskan air mata kerana dosaku
kerap menangis kerana kecewa dalam percintaan
kecewa kerana gagal dalam ujian
tetapi aku jarang bersujud padaMu.

Aku
manusia biasa yang mempunyai dosa
acapkali tersilap dalam memilih keputusan
kerana godaan Syaitan
tidak ingin melihat umatMu berubah
ke arah kebaikan.

Aku
ingin berubah
biarlah dihina oleh manusia
asalkan aku dicintai 
oleh para malaikat,rasul
dan yang Maha Esa.